Video: Gambar Pelik Keluarga Jadi Tular

Video: Gambar Pelik Keluarga Jadi Tular

Video: Gambar Pelik Keluarga Jadi Tular:



KANSAS CITY, MISSOURI – Gambar pelik sebuah keluarga menarik perhatian di media sosial, terima kasih kepada kemahiran penyuntingan gambar yang cukup “menakjubkan”.

Menurut TomoNews, pelayar Facebook, Pam Dave Zaring membayar $ 250 kepada jurugambar profesional untuk potretkan gambar keluarga dan mereka tidak menjangkakan produk akhir akan berubah menjadi sangat teruk.

Selepas menyampaikan gambar itu, jurugambar mendakwa imej itu sangat mengerikan kerana hasil gambar itu benar-benar buruk biarpun pada keadaan cuaca dan hari yang cukup indah.





Pam Dave Zaring kemudian memuat naik gambar itu ke Facebook dengan status “okay, ini bukan jenaka.”

Status itu kemudiannya menjadi tular dan telah dikongsi lebih dari 380,000 kali sejak ia pertama kali dimuat naik pada 12 Januari.

Beberapa pelayar berpendapat ini barangkali adalah merupakan idea pemasaran untuk mempromosikan perniagaan jurugambar terbabit.

Wartawan Kansas City Star Max Londberg menulis, beberapa penyelidikan dan mendapati akaun LinkedIn yang dikaitkan dengan perniagaan fotografi tersebut di bawah nama Lesa Hall.

Menurut akaun tersebut Lesa Hall of St.Louis, mempelajari fotografi di kolej.

Perniagaan fotografi juga terdapat halaman Facebook yang dipenuhi dengan gambar yang dilakukan dengan suntingan yang hampir sama.

Malah gambar Donald Trump juga tidak ketinggalan menjadi bahan suntingan Lesa Hall.- SuaraTV



Post a Comment

0 Comments