“Ada peserta saya rasakan kurang sesuai berada di AF Megastar” – Ramli MS

“Ada peserta saya rasakan kurang sesuai berada di AF Megastar” – Ramli MS

“Ada peserta saya rasakan kurang sesuai berada di AF Megastar” – Ramli MS

Kebanyakan peserta yang beraksi dalam konsert AF Megastar Homecoming minggu pertama yang berlangsung di Royal Theater di sini belum menunjukkan kehebatan suara walaupun mereka berpengalaman.

Juri tetap pertandingan itu, Datuk Ramli MS berkata, tidak dinafika ada juga peserta yang membuat persembahan dengan baik.

“Persembahan malam ini ada yang okay dan ada juga yang tidak menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya, mungkin memilih lagu yang kurang sesuai dengan suara mereka.
“Saya tidak mahu menyebut siapa peserta yang kurang menyerlah pada malam ini, namun secara peribadi ada peserta yang saya rasakan kurang sesuai untuk berada di pentas ini,” katanya kepada mStar Online.

Ramli ditemui pada sidang media selepas konset berkenaan di sini pada Ahad.

Turut menjadi juri ialah Ziana Zain dan Syafinaz Selamat.

Dalam pada itu, Ramli menamakan tiga peserta iaitu Amir Jahari, Bob dan Idayu telah membawakan lagu nyanyian dengan begitu baik.

Jelasnya, ketiga-tiga penyanyi tersebut menunjukkan kehebatan vokal yang sebenar dan fokus dengan persembahan masing-masing.

“Secara peribadi, saya mengambil contoh nyanyian Amir Jahari, dia menunjukkan bakat sebenar sebagai anak seni.

“Apabila dia naik pentas, dia seolah-olah membuka satu jalan dalam menunjukkan bakatnya dan dalam hal ini saya tidak mengambil kira tentang nilai komersial yang ada pada dirinya.
“Bob pula menyanyikan lagu yang mudah baginya tapi saya berasakan dia boleh menyampaikan lagu yang lebih mencabar vokalnya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu Ramli berkata, dia berharap peserta yang dipilih menggunakan platform ini untuk menonjolkan bakat dan bukanlah mengejar populariti semata-mata.

“Secara jujurnya, saya mahu peserta yang terpilih menyertai program ini menggunakan platform ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri dan bukan untuk mengejar  populariti.
“Kita memberi ruang kepada mereka untuk menyerlahkan semula bakat nyanyian dan gunakanlah peluang ini sebaiknya,” katanya.

Dalam konsert AF Megastar Homecoming minggu pertama ini menyaksikan 12 penyanyi berentap iaitu Bob menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa, Ewal (Sampai Syurga), Mila (Putus Terpaksa), Adam (All I Have To Give), Ara (Terus Mencintai) dan Firman (Impian).
Manakala, Zahid (Pamit), Sufi (Wanita Terakhir), Idayu (Hurt), Amir Jahari (Manusia Biasa), Azhar (Sampai Mati) dan Marsha (Untuk Kali Terakhir).

Minggu depan pula akan menyaksikan 12 lagi penyanyi berentap iaitu Amylea, Shahir, Aril, Rosma, Anding, Adira Selain itu, Faizal, Indah, Syamel, Amir, Faizul dan Nubhan.
Kesemua 24 peserta dipilih menyertai pertandingan ini.

Keputusan 12 peserta yang akan terpilih ke konsert AF Megastar bakal diumumkan pada konsert minggu depan.

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.
Ia dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Post a Comment

0 Comments