Baru 12 tahun dah pandai buang anak dalam semak

Baru 12 tahun dah pandai buang anak dalam semak

Budak 12 tahun buang anak dalam semak

SICHUAN - CHINA . Seorang bayi perempuan dibuang ke dalam semak di China oleh ibunya sendiri yang baru berusia 12 tahun

Bayi itu dijumpai Jumaat lalu dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan sihat.
Polis tempatan mengesahkan, ibu bayi berkenaan adalah seorang pelajar sekolah rendah dikenali sebagai Xiao Min dan tinggal bersama datuk dan neneknya dan hanya berjumpa dengan ibu bapanya yang bekerja di bandar lain sekali dalam setahun.

Memetik laporan laman web The Paper yang dipetik Mail Online, bayi perempuan itu ditemui di Yibin, Nanxi sebuah bandar di wilayah Sinchuan pada malam 11 ogos lalu.
Dia dijumpai di dalam semak bersebelah sebuah jambatan.

Bayi berkenaan segera dikejarkan ke Hospital Perubatan tradisional China Nanxi untuk pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, memetik Metro.uk, pada hari bayi baru ditemui, nenek kanak-kanak itu berkata, cucunya telah berasa tidak sihat dan dia memutuskan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketika dalam perjalanan, gadis itu meminta untuk menggunakan tandas dan kemudian menghilang di sebalik semak berhampiran jambatan selama 30 minit.

Apabila dia kembali, mereka terus ke hospital untuk pemeriksaan.

Pada masa tersebut, penyiasat percaya bayi itu dilahirkan dan kemudian ditinggalkan.
Doktor berkata bayi berkenaan dilahirkanpramatang dan dalam keadaan sangat lemah ketika tiba di hospital namun tidak mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan kelahiran lain yang dapat dikenalpasti.

Sementata itu, guru dan neneknya berkata, mereka tidak menyedari kanak-kanak itu sedang mengandung.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui bapa kepada kanak-kanak itu.
Dalam pada itu, bayi berkenaan dipindahkan ke Hospital yibin pada 14 Ogos lalu dan dipercayai akan diserahkan kepada rumah anak yatim selepas keadaanya stabil.

Post a Comment

0 Comments