Header AD

Terima kasih TMJ…Mat Tere Menangis Lagi

loading...
loading...
Terima kasih TMJ…:Mat Tere Menangis Lagi



Mat Tere dipeluk ibu suadaranya, Che Puan Che Harun, 70.

Kota Bharu: Mat Tere yang dibebaskan selepas ditahan bagi bantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Institusi Diraja Johor menerusi video di Facebook, baru-baru ini, mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor.

Mat Tere atau nama sebenar, Muhammad Zul Apiz Baharom, 29, berkata, tiada kata yang boleh diluahkan selain berasa bersyukur selepas dibebaskan semalam.

“Saya dilayan dengan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata kurang manis kepadanya.

                                b4d45ad9edf6c07e8753a17a32388327.jpg
Mat Tere dibawa pulang dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh pihak Istana Johor.





                                    16649237_779222262241075_724692752097362

                                    16729031_779048495591785_251288143235187
“Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dendang, Ketereh, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan Mat Tere ditahan Rabu lalu oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Dia kemudian dibawa ke IPK Johor Bahru selepas Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah mengeluarkan perintah reman pada 9 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998. -metro

Lihat video  Mat Tere Menangis Lagi
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Terima kasih TMJ…Mat Tere Menangis Lagi Terima kasih TMJ…Mat Tere Menangis Lagi Reviewed by kak tie on 8:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan