Header AD

Rakyat Johor Mengeluh Bil Air SAJ Naik Lebih Dua Kali Ganda

loading...
loading...
Rakyat Johor Mengeluh Bil Air SAJ Naik Lebih Dua Kali Ganda

Rakyat Johor mengeluh bil air SAJ naik lebih dua kali ganda: RAMAI pengguna air yang melanggan dengan Syarikat Air Johor, SAJ mengeluh dengan peningkatan mendadak sehingga lebih dua kali ganda caj bulanan terbaru yang dikenakan dalam bil air mereka.


Difahamkan SAJ telah mula melaksanakan deposit baru bekalan air kepada semua pelanggan-pelanggannya di negeri Johor mengakibatkan peningkatan mendadak bayaran bil apabila kadar deposit baharu itu dimasukkan ke dalam caj bil terkini pengguna.


Sudahlah rakyat tertekan dengan peningkatan kos hidup kesan perlaksanaan GST, peningkatan harga petrol, dan kejatuhan matawang, kini rakyat negeri Johor ditambah lagi dengan beban peningkatan caj mendadak bil air.

Perkara itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial facebook. Pelbagai rungutan dan keluhan boleh kita lihat.


Ramai pengguna yang terkejut mempersoalkan  mengapa berlaku peningkatan mendadak caj dalam bil terkini mereka yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.





Bagi segelintir mereka yang lebih proaktif, ada yang sudah pergi sendiri ke pejabat SAJ untuk mendapatkan penjelasan berkenaan hal tersebut. 




Tetapi bila sampai di Pejabat SAJ, kakitangan yang bertugas hanya menyuruh pengguna untuk membayar sahaja jumlah bil yang dikenakan.




Banyak lagi rungutan demi rungutan boleh dilihat di laman sosial. Kalau aku nak masukkan di sini memang tak larat. Beratus, mungkin beribu status-status facebook yang mengadu tentang hal ini.




Tidak kurang yang sudah 'naik angin' bertindak melepaskan geram memaki hamun SAJ.

Aku memang kasihan dengan nasib penduduk Negeri Johor yang dibebani dengan masalah terbaru ini. 

Tapi apa boleh buat, bayar sajalah, kalau tak bayar air kena potong pula. Isu rakyat seperti ini memang tidak akan masuk dalam laporan berita arus perdana kawalan BN (Barang Naik) seperti TV3, TV1 dan TV2.

Isu rakyat yang selalu diketengahkan hanya isu yang melibatkan negeri-negeri diperintah oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri Johor, kubu kuat BN, rakyat terbeban ke, tergolek ke, selagi belum ada yang bergelimpangan mati tepi jalan, isu seperti ini tak akan dipedulikan oleh kerajaan.

Sebab itu aku selalu kata "pembangkang kuat rakyat untung" kerana jika kerajaan BN  kuat, seperti di Johor isu dan masaalah rakyat mereka buat tak peduli, kerana yakin rakyat akan undi mereka lagi.

Teruskanlah mengundi BN untuk dapat lebih banyak beban di masa hadapan.-milosuam
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Rakyat Johor Mengeluh Bil Air SAJ Naik Lebih Dua Kali Ganda Rakyat Johor Mengeluh Bil Air SAJ Naik Lebih Dua Kali Ganda Reviewed by kak tie on 8:30:00 PG Rating: 5

1 ulasan

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    BalasPadam