Header AD

Pengguna Twitter Kongsi Foto Neelofa Bersama Raja Muda Selangor Viral Di Media Sosial

loading...
loading...
Pengguna Twitter Kongsi Foto Neelofa Bersama Raja Muda Selangor Viral Di Media Sosial:





Hasrat peminat untuk melihat artis kesayangan mereka Neelofa dan Fattah Amin bersama bagaikan sudah terkubur apabila kedua mereka sudah membawa haluan masing-masing.

1.png



Hasrat peminat untuk melihat artis kesayangan mereka Neelofa dan Fattah Amin bersama bagaikan sudah terkubur apabila kedua mereka sudah membawa haluan masing-masing.


Selepas diasak dengan pelbagai soalan mengenai hubungan dirinya bersama seorang kerabat diraja, Neelofa akhirnya mengakui sedang berkawan. Ditanya mengenai perkara tersebut, Fattah Amin mendoakan kebahagiaan Neelofa.

Hadiri majlis amal



2.png



Semalam seorang pengguna twitter Effie Amron berkongsi foto Neelofa yang dikatakan menghadiri satu majlis amal dan duduk semeja bersama Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.


Foto tersebut viral dan menjadi bualan netizen di media sosial. Foto tersebut dipercayai diambil sekitar Disember tahun lalu di sebuah majlis amal bagi mengutip dana untuk kanak-kanak yang memerlukan bertempat di Hilton Kuala Lumpur.




3.jpg


Sebelum ini Berita Harian melaporkan ada netizen yang melihat kerabat diraja berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Neelofa pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini.

Mungkin Neelofa sekadar menerima jemputan daripada pihak penganjur majlis tersebut kan? Siapa tahu. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada Neelofa sendiri.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pengguna Twitter Kongsi Foto Neelofa Bersama Raja Muda Selangor Viral Di Media Sosial Pengguna Twitter Kongsi Foto Neelofa Bersama Raja Muda Selangor Viral Di Media Sosial Reviewed by kak tie on 9:04:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...