Header AD

Patung Siapa Atas Kuil Bersebelahan Kellie’s Castle

loading...
loading...
Patung Siapa Atas Kuil Bersebelahan Kellie’s Castle




Sebut sahaja Kellie’s Castle, hampir semua orang anggap ianya sebagai Taj Mahal Malaysia jika ia siap dibina.

Sebagai pengenalan, istana ini dibina pada tahun 1905 sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. 

Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Kellie’s Castle pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. 
William Kellie Smith bertemu jodoh dengan isterinya Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

spanish flu
Cukup hanya satu perenggan sahaja berkenaan dengan pengenalan Kellie’s Castle kerana entri kali ini kita ingin berceritakan tentang patung yang ada di atas kuil yang terletak lebih kurang 500 meter dari Kellie’s Castle. 

Sewaktu pembinaan Kellie’s Castle sedang dijalankan, ada satu wabak penyakit yang dinamakan Spanishs Flu yang bermula di eropah telah tersebar ke asia melalui aktiviti perdagangan yang berlaku sehinggalah wabak ini melanda Malaya.
Wabak yang melanda ini mendatangkan kesan yang amat besar kepada William kerana kesemua 70 orang pekerja mahir yang dibawa khas dari India yang ditugaskan membina istana Kellie telah mati kerana terjangkit wabak maut ini. 

Kesan daripada wabak penyakit Spanish Flu ini menyebabkan pekerja ladang dikawasan tersebut yang kebanyakannya berasal dari negera India berada dalam keadaan ketakutan.

Mereka merasakan mereka perlu mendapatkan perlindungan daripada tuhan mereka, lalu mereka memohon kepada William Kellie Smith untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Mariamman. 

William Kellie Smith bersetuju untuk membiayai dan membina kuil tersebut dan sebagai tanda penghargaan kepada William Kellie Smith, sebuah patung yang menggambarkan diri beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Patung Siapa Atas Kuil Bersebelahan Kellie’s Castle Patung Siapa Atas Kuil Bersebelahan Kellie’s Castle Reviewed by kak tie on 11:51:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan