Header AD

Mat Tere Bebas,TMJ Suka

loading...
loading...
Mat Tere Bebas,TMJ Suka

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta agar pihak polis membebaskan seorang individu yang direman kerana mengeluarkan kata-kata jelik terhadap baginda di Facebook sebelum ini.
Baginda dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan menitahkan agar Muhammad Zul Apis Baharum, 29, atau dikenali sebagai Mat Tere yang tahanan reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan, agar individu itu dihantar pulang ke Kelantan.
Perkara itu dimuat naik di laman Facebook JOHOR Southern Tigers berserta beberapa keping gambar Tunku Ismail yang kelihatan turut bersalaman dengan Mat Tere.
"Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.
"Baginda turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecah-belahkan rakyat," kata entri berkenaan.
Mat Tere yang didapati mengalami masalah mental ditahan polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bahru pada 8 Feb lepas.
Penahanan dilakukan selepas polis Johor menerima satu laporan berhubung penyebaran satu rakaman video melalui Facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor.
Reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan hari ini selepas reman tiga hari yang bermula Khamis lepas berakhir semalam.
Sementara itu Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima titah baginda mengenai pembebasan Mat Tere.
Beliau berkata Tunku Ismail meminta agar pihaknya menggunakan budi bicara supaya tidak meneruskan siasatan kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.
"Pihak polis mendapati suspek (Mat Tere) di dalam kes ini telah diperguna oleh pihak tertentu bagi mewujudkan satu persekitaran yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat," katanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Mat Tere Bebas,TMJ Suka Mat Tere Bebas,TMJ Suka Reviewed by kak tie on 10:27:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...