Header AD

Mariah Carey Bakar Gaun Pengantin RM1 Juta Dalam Muzik Video

loading...
loading...
Mariah Carey Bakar Gaun Pengantin RM1 Juta Dalam Muzik Video

Mariah dan James berpisah pada September tahun lalu.


PENYANYI terkenal Mariah Carey nampaknya benar-benar sudah melupakan bekas tunangnya yang juga hartawan Australia iaitu James Packer.
Mariah, 47, bertindak membakar gaun pengantin yang sepatutnya digayakan pada hari bahagianya bersama James dalam muzik video terbaharunya berjudul I Don't.

TMZ melaporkan pakaian rekaan Valentino itu berharga AS$250,000 (RM1 juta) dan babak penyanyi itu membakar gaun berkenaan adalah sebagai mesej jelas kepada lelaki berkenaan.

Lebih dramatik, Mariah merakamkan muzik video berkenaan di rumah mewah yang dikongsi bersama James di Calabasas, California.

Pasangan berkenaan berpisah pada September tahun lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.
Mariah Carey membakar gaun yang sepatut dipakainya pada hari perkahwinan dengan hartawan Australia, James Packer dalam muzik video terbaharunya berjudul I Don't.


Dalam pada itu, lagu terbaharunya yang turut menampilkan penyanyi rap YG berkisarkan tentang hubungannya dengan James dan berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain yang turut mengalami situasi sama.

"Selepas selesai konsert jelajah saya mengambil masa untuk memproses apa sebenarnya perasaan saya dan menerusi penulisan lirik saya dapat meluahkan apa yang terbuku dihati.

"Jika anda tidak dapat cinta yang diperlukan daripada seseorang yang menjalinkan hubungan dengan anda, jadi kenapa perlu terus berada dalam situasi tersebut," katanya dalam temubual menerusi program realitinya Mariah's World.

Penyanyi itu kini sedang menjalinkan hubungan dengan penyanyi latarnya, Bryan Tanaka, 34 tahun.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Mariah Carey Bakar Gaun Pengantin RM1 Juta Dalam Muzik Video Mariah Carey Bakar Gaun Pengantin RM1 Juta Dalam Muzik Video Reviewed by kak tie on 6:03:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan