Header AD

MALANG....STAF JKR MELAKA HINA PM, AKAN DIKENAKAN TINDAKAN

loading...
loading...
MALANG....STAF JKR MELAKA HINA PM, AKAN DIKENAKAN TINDAKAN

SEORANG penjawat awam selaku Pembantu Tadbir di Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka yang menjadi tular baru-baru ini mungkin bakal dikenakan tindakan tatatertib.

 Pembantu Tadbir itu dipercayai pemilik kepada akaun facebook bernama ‘Norhayati Muhamad’ dan telah dikesan memuatnaik komen berbaur jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Keratan imej ini menjadi tular di aplikasi Twitter


Menurut sebuah sumber, selepas tindakan biadapnya itu terdedah oleh beberapa laman facebook pro kerajaan dan didesak agar tindakan disiplin dikenakan ke atasnya, maka pihak Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk bertindak lanjut.
 Bagaimanapun, portal Tv14 masih belum mengetahui bentuk tindakan yang akan diterima pemilik akaun facebook itu.

Terdahulu, Norhayati dalam sebuah komennya di facebook cuba membuat provokasi melampau dan menjelekkan apabila bertanya tarikh Perdana Menteri akan meninggal dunia.


Paparan imej yang tular di media sosial
Dipercayai pemilik akaun facebook ini adalah penjawat awam di Melaka


Namun malang bagi Norhayati apabila terdapat segelintir pengamal media sosial pro kerajaan telah mengesan perbuatannya itu, sekali gus mereka mempertikaikan Norhayati.


Sumber itu memaklumkan, JKR Malaysia juga telah menyedari perkara ini dan suatu bentuk tindakan akan diambil tidak lama lagi terhadap staf mereka itu.

Cumanya, bentuk tindakan yang bakal Norhayati terima masih belum diketahui lagi.

Sebagai penjawat awam, mereka tidak wajar memuatnaik kenyataan di mana-mana medium yang menjelekkan sebegitu dan yang menampakkan bahawa mereka tidak setia kepada pemerintah.

Adalah menjadi amalan dan ikrar bagi mana-mana penjawat awam untuk menunjukkan rasa taat setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan pada hari ini sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993].


Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua khususnya para penjawat awam di seluruh Malaysia.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
MALANG....STAF JKR MELAKA HINA PM, AKAN DIKENAKAN TINDAKAN MALANG....STAF JKR MELAKA HINA PM, AKAN DIKENAKAN TINDAKAN Reviewed by kak tie on 12:48:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan