Header AD

Leher kucing diikat pengikat kabel hingga tersiat kulit

loading...
loading...
Leher kucing diikat pengikat kabel hingga tersiat kulit
Keadaan leher kucing yang diikat kabel pada leher.
FOTO ihsan Nurnadia

Kuala Lumpur: Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan sehingga ada yang sanggup mengikat leher kucing sehingga tersiat kulitnya.

Kejadian yang berlaku di Jalan Tekukur, Taman Hajjah Kalsom, Kuala Terengganu itu menyebabkan kucing jantan menanggung derita dipercayai agak lama berdasarkan kedalaman luka di lehernya.

Nurnadia Abdul Wahab, 19, berkata, kucing terbiar berwarna jingga itu sering kelihatan di kawasan perumahannya sehinggalah pada Isnin lalu, adiknya melihat kabel diikat pada leher haiwan berkenaan.

"Kebiasaannya kucing yang sekarang ini saya panggil Abang tidak berani datang ke rumah saya kerana kucing peliharaan saya agak garang.

"Tapi hari itu dia mengiau di depan rumah, dan adik perasan pengikat kabel di lehernya sebelum saya panggil ayah untuk potong pengikat berkenaan," katanya yang memelihara lapan kucing.

Video Facebook (FB) Live, bapa Nurnadia memotong pengikat kabel di leher Abang setakat ini ditonton lebih 1,400 kali di FB Nurnadia yang menggunakan nama Paduka Yayaalvin.

"Saya bawa Abang ke klinik dan doktor kata luka berkenaan tidak perlu di jahit tetapi perlu dicuci setiap tiga hari untuk mengelakkan jangkitan kuman.

"Sesiapa yang buat Abang macam itu memang sampai hati. Berdebar saya tengok keadaan luka dia macam itu," katanya.

Nurnadia bercadang untuk terus memelihara abang memandangkan dia sekeluarga memang pencinta kucing sejak sekian lama. - Metro
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Leher kucing diikat pengikat kabel hingga tersiat kulit Leher kucing diikat pengikat kabel hingga tersiat kulit Reviewed by kak tie on 7:54:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...