Header AD

Kisah Menarik Tukang dobi di Istana Badariah

loading...
loading...
Kisah Menarik Tukang dobi di Istana Badariah

“ANTARA pesan Almarhum Sultan Ismail yang saya ingat sampai sekarang, baginda minta saya jaga emak baik-baik sebab emak sangat susah (bekerja keras), bila besar, saya kena jaga emak,” kata Lim Juat Lan, 57, dengan mata berkaca menahan sebak.

Juat Lan atau lebih mesra dengan panggilan Jenny Lim merupakan anak kepada Ting Heng Jin, 104, tukang dobi berbangsa Cina yang paling lama bertugas di Istana Badariah, Kuala Terengganu iaitu kira-kira 40 tahun.

Kedua ibu bapanya iaitu Heng Jin dan Lim Tiam Chong bertugas dari tahun 1960-an hingga 1990-an dan sempat berkhidmat dengan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan anakandanya, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Keluarga Cina paling lama bekerja

Menurut Jenny Lim, zaman kanak-kanaknya adalah paling menyeronokkan, apatah lagi sering kali dapat bersua muka dengan Sultan Terengganu yang menjadi kesayangan rakyat.

“Semasa muda, ibu bapa saya bekerja sebagai tukang dobi di Istana Badariah dan kami sekeluarga menetap di berek istana. Mereka memang kuat bekerja, walaupun ayah sudah meninggal dunia ketika saya berusia 14 tahun, ibu masih meneruskan kerjanya.

“Sepanjang tempoh bekerja di istana, Sultan Ismail sangat sayangkan ibu bapa saya kerana satu-satunya keluarga Cina yang paling lama bekerja di istana, malah tidak pernah bertukar tukang dobi sehinggalah ibu bersara. 

“Ada juga orang Cina yang bekerja di istana ketika itu sebagai tukang masak dan sebagainya tetapi silih berganti. Kedua-dua sultan sangat baik dan mengambil berat tentang kami, terutamanya ibu kerana semakin berusia,” katanya yang mempunyai sembilan adik-beradik.

Menariknya, Jenny Lim dan adiknya, Lim Guat Seong, 55, dilahirkan di Istana Badariah, iaitu di berek penempatan mereka.

Keluarga Diraja Terengganu terlalu istimewa

Heng Jin (tengah) dan keluarganya bergambar bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri.



Jenny Lim hanya meninggalkan istana pada tahun 1984, iaitu selepas berkahwin namun ibunya masih meneruskan kerja-kerja sebagai tukang dobi sehingga tahun 1990-an, sebelum mengambil keputusan untuk bersara atas faktor usia.

Ibunya, Heng Jin yang kini berusia 104 tahun masih lagi sihat dan merupakan antara penghuni paling tua di Dun Bandar, Kuala Terengganu, namun atas faktor usia, percakapannya terbatas dan mengalami masalah pendengaran.

Jelas Jenny Lim, sejak dari zaman muda, ibunya banyak mengamalkan senaman dan makan makanan yang sihat, selain mengamalkan taici sebagai penjagaan kesihatannya.

“Zaman dulu, kami susah, sebab itu ibu bapa saya bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga. Memang menjadi amalan untuk makan secara sederhana dan menjaga kesihatan supaya gagah untuk bekerja,” katanya.

Ketika ditanya antara kenangan menarik sewaktu berada di istana, Jenny Lim berkata, ramai kenalan keluarga mereka yang gemar datang ke berek, kerana seolah-olah mereka menetap di istana.

“Paling meriah, apabila sambutan Tahun Baru Cina, ramai yang datang. Sultan Terengganu dan keluarga baginda juga sangat baik dan membenarkan kenalan kami sekeluarga melawat dan meraikannya,” katanya.

Walaupun kini dia dan keluarganya sudah lama meninggalkan Istana Badariah, kenangan berkhidmat sebagai tukang dobi istana nyata menjadi kenangan manis buatnya sekeluarga, malah keluarga Diraja Sultan Terengganu mendapat tempat yang istimewa di hati mereka.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kisah Menarik Tukang dobi di Istana Badariah Kisah Menarik Tukang dobi di Istana Badariah Reviewed by kak tie on 7:08:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...