Header AD

Kesian..Lauk Ni Je Ke?

loading...
loading...
Kesian..Lauk Ni Je Ke?

Perkongsian oleh Puan Hanizam Hassan yang menyaksikan keadaan yang menyayat hati melihat rakan-rakan anaknya semasa berada di kantin sekolah. Baca lagi:
Ya Allah…hanya kau yang tahu apa yang akan saya ceritakan disini..adalah semata-mata ingin meluahkan rasa hiba dan kasihan seorang ibu..dan demi Allah..tiada langsung niat untuk menaya atau menjatuhkan orang…saya mohon..pada sesiapa yang membaca tulisan saya ini fikir la sendiri samada ianya patut atau tidak berlaku..
Kisahnya.. semalam sewaktu rehat kelas koko.. saya menghantar bekal untuk anak saya.. dan duduk makan di kantin sek.. kemudian datang seorang kawannya duduk pula makan disebelahnya.. apa yang saya lihat.. cara murid itu makan memang dia tengah lapar sangat… sedangkan apa yang dimakan (dibeli dari kantin) hanyalah sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng.. saya tanyakan.. berapa harga? Rm2.00… jawabnya seperti hampa… sambil menguis-nguis sayur seperti mencari sesuatu… saya tanya lagi… lauk tu je?.. dengan perlahan dia menjawab… haah.. dan.. saya perhatikan selepas 2-3 kali.. suapannya mulai perlahan.. seakan makan terpaksa..
Saya tiba-tiba jadi sebak yang teramat.. dan rasa bersalah.. kerana dalam waktu yang sama anak saya sedang enak menikmati nasi berlaukkan ayam goreng.. kari dan sayur.. diam-diam saya menangis.. toleh pula ke kiri.. sorang lagi murid sedang menikmati nasi putih.. dengan kepala ikan keli yang diletak sedikit kuah lada kot..

Ya Rabbi… luluh hati… lihat sendiri la pada gambar… juga Rm2.00.. saya juga meniaga makanan.. semua orang nak untung.. tapi.. jangan la sampai begini.. jujur.. ikhlas lah.. kerana mereka bayar dengan duit.. mereka lapar.. walaupun kanak-kanak mereka juga ada rasa dan perasaan..
Tak bolehkah mereka dilayan seperti anak sendiri.. tak kesian ke.. kita berniaga mencari rezeki.. untuk keluarga jadi darah daging dan mahukan keberkatan.. dunia akhirat.. patutnya bersyukur kerana kita ditakdirkan berurusniaga dengan anak-anak kecil yang sedang mencari ilmu.. yang masih suci.. yang bersih jiwanya.. ahli-ahli syurga inshaAllah..
Allah swt beri jalan yang luas untuk kita melabur saham untuk akhirat.. sambil meniaga.. tak nampak ke.. kenapa disia-siakan.. peluang ini.. lebih kurang kira sedekah.. rugi sangat ke.. jangan lah kerana mereka anak-anak kecil yang tak tau apa-apa.. kita ambil kesempatan.. fikir tak.. anak-anak kecil sepatutnya.. disediakan makanan yang baik.. yang berzat kerana mereka dalam proses membesar sedang belajar sesungguhnya Allah itu maha melihat… hibanya saya masih terasa hingga ke saat saya sedang menulis ini.. airmata masih juga tak mahu berhenti.. tambahan pula mereka ini kebanyakkannya bukan lah anak-anak orang senang.. ayah ibu sibok mencari rezeki.. dan percaya dengan kita untuk makan minum anak mereka semasa disekolah.. tapi amanahkah kita kalau begini?!..
Inilah puncanya anak-anak saya setiasa ditemani bekal.. bukan tujuan saya nak menunjuk pandai jauh sekali untuk mengajar..kerana saya juga serba kekurangan.. andai tulisan saya ini mnimbulkan rasa tak puashati mana-mana pihak.. jutaan ampun dan maaf saya pohonkan.. saya cuma meluahkan rasa dan pendapat saya sahaja…
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kesian..Lauk Ni Je Ke? Kesian..Lauk Ni Je Ke? Reviewed by kak tie on 4:05:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan