Header AD

Jenazah Berenang Cari Kubur

loading...
loading...
Jenazah Berenang Cari Kubur

Jenazah yang dibawa menyeberangi sungai Lusi.

SEMARANG - INDONESIA. Setiap kali berlaku kematian di Kampung Kalirejo, Daerah Grobogan, Jawa Tengah, jenazah perlu dibawa hampir 100 meter untuk menyeberangi Sungai Lusi yang kedalamannya 10 meter.

Memetik laporan media Indonesia, tanah perkuburan yang terletak di seberang Sungai Lusi, menjadi punca jenazah perlu 'berenang' untuk dihantar ke tanah perkuburan.


"Seperti juga jenazah Muslim lain, jenazah perlu dimandikan, lalu segera disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan seberang sungai ini, tanah perkuburan ini merupakan pemakaman yang paling dekat," ujar penduduk setempat petik laporan Liputan 6.


Dalam pada itu mengulas perkara ini, Ketua Polis Grobogan AKBP Agusman Gurning dan polis Wirosari AKP Zaenuri mengakui bahawa membawa jenazah menyeberangi Sungai Lusi memang merupakan satu-satunya jalan alternatif untuk ke tanah perkuburan berdekatan.


"Dalam keadaan apa pun, sekiranya ada penduduk yang meninggal dunia, para penduduk mahu tak mahu tetap perlu menghantar jenazah menyeberangi Sungai Lusi.


"Mereka akan berbahagi tugas, ada yang mencari laluan paling terdekat, ada yang mengawal keranda agar tidak hanyut dibawa arus," ujar Zaenuri.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Jenazah Berenang Cari Kubur Jenazah Berenang Cari Kubur Reviewed by kak tie on 11:33:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan