Header AD

Hina TMJ,Mat Ketereh Menangis Minta Ampun

loading...
loading...
Hina TMJ,Mat Ketereh Menangis Minta Ampun

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitiskan air mata selepas dimaklumkan dirinya akan ditangkap pihak berkuasa kerana tindakan tersebut.

Melalui klip video yang dikirimkan kepada SuaraTV, lelaki yang dikenali sebagai ‘Mat Ketereh’ itu membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap TMJ selepas klip video yang memaparkan dirinya mengeluarkan kenyataan menghina Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya nak minta maaf sangat-sangat pada TMJ, saya dah taubat tak nak kata dah pada TMJ.

“Saya nak bagi tahu, kenyataan sebelum ini (yang berbaur hinaan) itu adalah disebabkan saya emosi,” katanya memetik kenyataan di dalam klip video tersebut.

Terdahulu lelaki yang dikatakan kurang siuman itu di laporkan telah di tahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan setelah klip video yang memaparkan dirinya menghina TMJ itu tular di laman media sosial.

Dia dilaporkan ditahan setelah pihak berkuasa menerima satu laporan polis yang dibuat terhadap dirinya di Johor.

Penguna media sebelum ini mengecam tindakan individu yang merakamkan klip video tersebut kerana didakwa mahu mengambil kesempatan terhadap orang kurang upaya bagi mewujudkan sentimen kebencian terhadap TMJ.

Malah ada yang menyarankan agar pihak berkuasa menahan individu yang terlibat merakam dan menyebarkan klip video tersebut. – SuaraTV


"Dia Insan Istimewa" - Keluarga Yakin 'Mat Tere' Dipergunakan, Mohon Pihak Istana Maafkan Kesalahannya


KOTA BHARU, 8 Feb - Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali 'Mat Tere'  ditangkap kira-kira jam 3 petang hari ini.

Sinar Online melaporkan, Ketua Pemuda Umno Neger, Mohd Azam Ismail berharap agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

"Kami merayu dia  tidak dikenakan tindakan undang undang  berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.

"Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sebelum ini rakaman video yang memaparkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap TMJ disebarkan di media sosial

Menurut laporan BH Online, Mat Tere ditangkap kira-kira jam 3.30 petang di Kota Bharu hari ini.

Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

"Ini adalah kes aniaya  dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.

"Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami," katanya.

Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

"Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa," katanya.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hina TMJ,Mat Ketereh Menangis Minta Ampun Hina TMJ,Mat Ketereh Menangis Minta Ampun Reviewed by kak tie on 12:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...