Header AD

Hidayah Buat Lindsay,Tenang Lepas Baca Al Quran

loading...
loading...
Hidayah Buat Lindsay,Tenang Lepas Baca Al Quran

Selepas menjadi perbualan hangat beberapa bulan lalu, nama Lindsay Lohan sekali lagi disebut apabila mengaku mula membaca Al-Quran.

Menurut laporan Daily Mail, Lindsay mengakui membaca Al-Quran menjadikannya tenang dan menerbitkan perasaan istimewa.

"Saya merasakan sesuatu perkara luar biasa apabila membaca Al-Quran.

"Saya berasa amat tenang saat membacanya dan ia merupakan perkara yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.

"Tidak hanya membaca Al-Quran, saya juga mengaku sudah mula belajar untuk beribadah seperti penganut agama Islam dan cuba berpuasa," katanya.

Lindsay berkata demikian ketika di wawancara sebuah program televisyen di Kuwait, baru-baru ini.

Tambah Lindsay, dia menyedari bahawa ramai orang Amerika Syarikat tidak suka apabila melihat foto-foto Lindsay membawa Al-Quran yang menjadi tular di internet.

"Saya hanya membawa sebuah kitab, tetapi orang di Amerika Serikat tidak menyukainya dan kebanyakkan mereka telah melemparkan kata-kata buruk hanya kerana saya memegang Al-Quran," katanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hidayah Buat Lindsay,Tenang Lepas Baca Al Quran Hidayah Buat Lindsay,Tenang Lepas Baca Al Quran Reviewed by kak tie on 9:33:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...