Header AD

Dunia Gempar!!Abang Diktator Korea Utara Kim Jong Un Mati Diracun di Malaysia

loading...
loading...
Dunia Gempar!!Abang Diktator Korea Utara Kim Jong Un Mati Diracun di Malaysia


Berita menggemparkan dunia harini apabila Daily Mail melaporkan abang kandung kepada diktator terkenal Korea Utara, Kim Jong-Un yang bernama Kim Jong-nam meninggal dunia di Kuala Lumpur.

ABANG tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, sumber kerajaan Korea Selatan di Seoul berkata, Kim Jong Nam dipercayai dibunuh semalam tetapi tidak memberi maklumat lanjut.
Sementara itu, stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, mangsa berusia 45 tahun itu dibunuh dua ejen wanita yang tidak dikenali menggunakan jarum beracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur.
Menurut beberapa sumber kerajaan Korea Selatan, dua wanita terbabit melarikan diri menaiki teksi selepas itu, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan lelaki Korea berusia 40-an ditemui sakit di lapangan terbang, semalam sebelum dihantar ke hospita tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini. Kami belum mengesahkan identitinya,” katanya.
Kedua-dua Jong Nam dan Jong Un adalah anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Kong Il yang meninggal dunia pada 2011, tetapi mempunyai ibu berlainan.
Jong Nam pernah dianggap pewaris pemimpin Korea Utara tetapi tidak direstui
bapanya, Jong Il berikutan percubaan memasuki Jepun menggunakan pasport palsu untuk melawat Disneyland pada 2001.
Sejak itu, dia tinggal dalam buangan terutamanya di Macau.
Jong Un mengambil alih sebagai pemimpin Korea Utara apabila bapanya, Jong Il meninggal dunia pada Disember 2011.
Jong Nam dikenali sebagai peguam bela pembaharuan di Korea Utara, pernah memberitahu akhbar Jepun yang beliau menentang pemindahan kuasa dinasti di negaranya.
Jika disahkan, kes Kim akan menjadi kes kematian paling menonjol di bawah rejim Jong Un sejak pelaksanaan hukuman mati ke atas bapa saudaranya, Jang Song Thaek pada Disember 2013.

Kim%2BJong%2BNam%2Bin%2BMalaysia.jpg


Berdasarkan laporan berita berkenaan juga, Kim Jong-nam disahkan meninggal dunia pada hari Isnin selepas pihak berkuasa tempatan melaporkan kepada Reuters berkenaan seorang warga Korea Utara meninggal dunia di Kuala Lumpur tetapi identiti lelaki tersebut masih belum disahkan.

Abang kepada Kim Jong-un tersebut tidak dipilih menjadi ketua untuk memimpin negara komunis Korea Utara selepas Kim Jong-nam melakukan sesuatu yang memalukan bapanya, Kim Jong-il semasa sedang berkuasa.

Dia telah ditangkap cuba mencuri masuk ke negara Jepun menggunakan pasport palsu pada tahun 2001, kerana mahu melawat ke taman tema Disneyland. Kim Jong-nam yang merupakan anak pertama hasil hubungan bapanya dengan gundik juga diusir kerana dibimbangi akan menjadi ancaman kepada rancangan bapanya untuk menjadikan Kim Jong-Un sebagai pengganti pemerintahan beliau di Korea Utara.

Pada tahun 2014, Kim Jong-nam sedar dirinya diancam bahaya yang berterusan selepas tindakannya mengutuk regim pemerintahan adiknya, Kim Jong-un di Korea Utara.


Cubaan untuk membunuh beliau pada tahun 2011 gagal selepas beberapa orang perisik Korea Utara terpaksa berbalas tembakan dengan pengawal peribadinya di Macau. Disebabkan itu, Kim Jong-nam berjaya melarikan diri ke negara lain.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Dunia Gempar!!Abang Diktator Korea Utara Kim Jong Un Mati Diracun di Malaysia Dunia Gempar!!Abang Diktator Korea Utara Kim Jong Un Mati Diracun di Malaysia Reviewed by kak tie on 8:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan