Header AD

Doktor haiwan bunuh diri selepas dipaksa bunuh 700 anjing

loading...
loading...
Doktor haiwan bunuh diri selepas dipaksa bunuh 700 anjing

Bagi pencinta haiwan, tidak kira spesis, pastinya tidak sanggup melihat binatang diseksa, apatah lagi disuruh untuk membunuh binatang tidak berdosa itu.
Begitulah yang dialami oleh seorang doktor haiwan dari Taiwan ini, Chien Chih-Cheng yang dipaksa oleh kerajaan negaranya untuk membunuh 700 anjing jalanan dalam tempoh dua tahun.
Tertekan dengan tindakannya itu, Pengarah Taman Pendidikan Perlindungan Haiwan di Bandar Touyan itu menangis setiap malam mengenangkan anjing-anjing yang terpaksa dibunuhnya itu.
Kaedah pembunuhan adalah menggunakan ubat bius yang akan menidurkan haiwan berkenaan (euthanize) sebelum ianya akhirnya mengambil nyawa binatang tersebut.
Pada tahun 2015 sahaja, 10,900 binatang ‘ditidurkan’ menerusi kaedah berkenaan ekoran lambakan haiwan jalanan samaada dibuang pemiliknya atau pembiakan yang tidak terkawal.
Chien sebelum ini pernah muncul di kaca televisyen sebagai salah satu kaedah beliau berkempen untuk mendidik orang ramai untuk memelihara haiwan jalanan daripada membeli binatang berkenaan.

Katanya, ianya sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah binatang di jalanan disamping memberi perlindungan kepada haiwan yang tidak berdaya itu.
Chien semakin tertekan apabila orang ramai mula menggelarkannya sebagai ‘pembunuh rupawan’ selepas mengetahui beliau telah membunuh 700 anjing dalam tempoh dua tahun.
Menurut rakan sekerjanya, Kao Yu-Jie, orang ramai menggelarkan Chien sebagai tukang sembelih dan pekerja pusat perlindungan haiwan itu sering dimarahi.
“Ada orang kata kami akan masuk neraka. Mereka kata kami suka membunuh dan kejam. Tetapi orang ramai tetap meninggalkan anjing mereka.
“Anda akan dengan pelbagai alasan: anjin itu terlalu ganas, atau tidak cukup ganas, banyak menyalak atau langsung tak menyalak,” kata Kao.
Akhirnya, wanita berusia 31 tahun itu mengambil keputusan untuk membunuh diri dan meninggalkan nota berharap ‘pemergiannya’ ini sebagai pengajaran bahawa binatang jalanan juga salah satu daripada kehidupan.
“saya harap kerajaan sedarakan kepentingan mengawal punca (masalah)… Sila hargai kehidupan,” katanya dalam nota tersebut.
Insiden bunuh diri Chien akhirnya mendapat respon kerajaan Taiwan yang akhirnya berjanji untuk menambah jumlah peruntukan kepada pusat perlindungan haiwan dan menawarkan kaunseling kepada doktor haiwan.
Aktivis haiwan kemudiannya meraih kemenangan hebat selepas kerajaan akhirnya mengharamkan euthanize di pusat perlindungan haiwan dan akan mendenda pemilik haiwan yang membuang binatang peliharaannya di pusat perlindungan haiwan.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Doktor haiwan bunuh diri selepas dipaksa bunuh 700 anjing Doktor haiwan bunuh diri selepas dipaksa bunuh 700 anjing Reviewed by kak tie on 5:03:00 PTG Rating: 5

1 ulasan

loading...