Header AD

Dimana FB Jong nam?

loading...
loading...
Dimana FB Jong nam?

Kuala Lumpur: Akaun Facebook (FB) dengan nama Kim Chol yang dipercayai milik Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Isnin lalu dah 'hilang'.
Akaun FB dengan URL https://www.facebook.com/kim.chol.1 itu sudah tiada sejak malam tadi sedangkan sebelum ini, akaun itu dipercayai digunakan Jong-nam dengan kali terakhir dikemas kini pada 16 November 2015.
Ketika itu, dia yang hanya menggunakan gambar profil tupai meletakkan 'filter' bendera Perancis sebagai tanda perpaduan untuk mangsa serangan di Paris.
Jong-nam, yang hidup terasing dan mempunyai keluarga di Macau, memuat naik gambarnya yang dirakam di pelbagai tempat.
Memetik laporan laman berita bebas, NK News, rekod kemaskini terawal di FB Kim Chol itu ialah pada 16 Oktober 2008, tiga tahun sebelum kematian bapanya, Kim Jong-il.
Menurut laman itu lagi, Jong-nam memuat naik sekeping foto pada 2010 yang menunjukkan dia sedang berdiri di hadapan Wynn Macau Hotel dan pada 4 Mac 2013, dia menulis komen: "Nice Place!".
Pada tarikh sama, dia memberi jawapan kepada rakan FBnya, seorang wanita Perancis, dengan menulis: "Hi. All is well! Thank you! See you soon I hope! Kisses."
Jong-nam juga menulis "I miss Europe," di sebelah gambar yang dirakam pada 2008 dan menunjukkan dia bersama seorang lelaki Kaukasia tidak dikenali berdiri di atas sebuah kapal layar dan pada 2010, dengan menulis: "Living Las Vegas in Asia."
Dia mempunyai rakan FB dari pelbagai negara, termasuk Perancis, Singapura, Rusia dan Switzerland.
"Likes" yang ditandanya termasuk bagi ahli muzik Perancis Serge Gainsbourg dan dua bar di Singapura, termasuk satu yang dikenali sebagai 'Girls Bar Kimidori'.
Jong-nam juga menandakan "Like" pada Presiden Rusia Vladimir Putin dan seorang yang menyamar sebagai Kim Jong-un, dengan memberi namanya sebagai Kim Jong "Um".
NK News turut melaporkan akaun Kim Chol mengatakan yang dia menuntut di International School of Geneva dan Lycée français de Moscou (Alexandre Dumas French School in Moscow), dua institusi dipercayai tempat Kim Jong-nam menghabiskan kebanyakan masa mudanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Dimana FB Jong nam? Dimana FB Jong nam? Reviewed by kak tie on 11:13:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...