Header AD

Ben Alami Gangguan Perasaan

loading...
loading...
Ben Alami Gangguan Perasaan

Penyanyi era 1980-an, Ben Nathan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan mental selama seminggu.
Bekas penyanyi yang terkenal dengan lagu Stanza Sekeping Hati dibawa oleh Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave dan anggota keluarganya selepas dipujuk selama 30 minit.
Turut memujuk Ben untuk menjalani pemeriksaan kesihatan adalah adiknya yang dikenali sebagai Shanti dan anak buahnya, lapor BH Online.
Ben yang ditemui DJ Dave dan rombongannya di Brickfields di Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi, dibawa ke HKL menaiki kereta peronda polis.
Antara alasan yang digunakan mereka untuk membawa Ben ke hospital adalah doktor mahu memberikannya ubat vitamin.
DJ Dave berkata, dengan kerjasama wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beliau dinasihatkan membuat laporan polis terlebih dahulu.
"Walaupun pada mulanya Ben tampak terkejut, dia tidak agresif. Malah, sebaik bertentang mata, dia memanggil nama saya dan mengimbas memori silam," DJ Dave dipetik berkata.
Cerita rakam album di Jakarta
Katanya, selepas berjaya dipujuk, Ben akur biarpun pada mulanya takut apabila melihat ada anggota polis bersama mereka.
"Saya menceritakan segala-gala yang berlaku kepada doktor di HKL termasuk pakar psikologi berhubung kecenderungan Ben berulang kali berkongsi cerita sama seperti rakaman album di Jakarta.
"Saya tidak pasti mengenai projek album itu, tetapi mungkin ada orang lain yang tahu mengenainya.
"Setiap kali memulakan perbualan, mesti perkara itu yang ditimbulkan dahulu," katanya yang mengambil inisiatif menjejaki penyanyi Stanza Sekeping Hati itu selepas beritanya merayau-rayau tanpa tujuan di ibu negara menjadi viral.
DJ Dave berkata, keluarga Ben ada memberitahu, penyanyi itu mula dikesan mengalami gangguan perasaan sejak sembilan tahun lalu.
Sementara itu, DJ Dave mengucapkan terima kasih atas keprihatinan JKM yang memberi maklum balas segera dan kesediaan membantu Ben.
"Ben mungkin ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.
DJ Dave turut berharap peminat tidak menyalahkan keluarga Ben kerana mereka sentiasa memantau keadaannya tetapi Ben sering mengelak untuk pulang ke rumah.
Terdahulu, isu membabitkan Ben Nathan atau nama sebenarnya, Ben Adam Patmanathan Abdullah kembali menjadi sebutan selepas klip video dimuat naik di Facebook (FB).
Berdasarkan video yang dirakamkan, Ben yang kelihatan tidak terurus dengan pakaian kusut-masai, menerima sampul angpow daripada individu yang merakamkan video berkenaan.
Beberapa tahun kebelakangan ini, bekas penyanyi itu dikatakan sering ditemui di kawasan sekitar Pasar Seni, Muzium Negara, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Ben Alami Gangguan Perasaan Ben Alami Gangguan Perasaan Reviewed by kak tie on 7:55:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan