Header AD

Abang Jong-Un Meronta Ketika Diserkup Dengan Kain

loading...
loading...
Abang Jong-Un Meronta Ketika Diserkup Dengan Kain

Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam adalah Kim Jong-Nam – abang tiri pemimpin negara itu, Jong-Un.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.

“Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita,” katanya.

“Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

“Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia,” beliau dipetik sebagai berkata.

Polis buat masa ini mengelaskan kes itu sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Kedutaan Korea Utara juga telah dimaklumkan berkaitan perkara itu.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya sejak 8 malam bagi mendapatkan maklumat lanjut tetapi tidak dibenarkan menghampiri tempat itu
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Abang Jong-Un Meronta Ketika Diserkup Dengan Kain Abang Jong-Un Meronta Ketika Diserkup Dengan Kain Reviewed by kak tie on 9:17:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...