Header AD

4 Veil Pengantin Cantik Jadi Pilihan

loading...
loading...
4 Veil Pengantin Cantik Jadi Pilihan
Sebut pasal kahwin, semuanya kena nampak cantik dan sempurna. Setiap persiapan diteliti berkali-kali bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Dari segi busana pula, pakaian memang memainkan peranan paling utama. Kalau si lelaki segak bergaya dengan padanan sut yang lengkap bersama bow tie, si pengantin perempuan pula cukup anggun dengan busana gaun serba putih bersama veil. 
Bagi yang agak cerewet mengenai veil, sememangnya memerlukan masa yang lama untuk memilih. Jelita singkatkan masa anda dengan menyenaraikan beberapa jenis potongan veil yang anda boleh cuba!
Blusher Veil
Untuk yang agak rimas dengan veil yang panjang, Nah! ini untuk anda. Potongannya berbentuk bulat dan kebiasaanya ia singkat dan ianya popular kerana ia turut menutup bahagian muka yang menampilkan sisi mewah si pengantin.
Veil paras bahu/Elbow Length Veil

Veil jenis ini sememangnya paling popular dikalangan veil yang lain. Potongannya tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang membuatkan si pengantin tampak anggun pada hari persandingan. Fabrik yang sering digunakan termasuklah kain net, sifon dan renda.
Fingertip Veil

Veil jenis ini adalah paling versatil kerana potongannya yang paling selesa. Kebiasaannya veil ini dibuat dengan fabrik berlapis untuk menciptakan layangan menawan sewaktu bersanding. Fabrik yang dilapiskan termasuklah perincian batu-batuan dan manik Masa untuk berangan!
Cathedral Veil

Veil jenis ini dianggap paling istimewa kerana potonganya yang labuh memanjang ke belakang. 
Kebiasaanya pengantin yang ingin memakai veil jenis ini perlu memastikan acara persandingan diadakan di dalam bangunan seprti dewan atu hotel.
 Ini kerana ia lebih nampak gah dan pastikan menjadi tumpuan jemputan yang hadir.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
4 Veil Pengantin Cantik Jadi Pilihan 4 Veil Pengantin  Cantik Jadi Pilihan Reviewed by kak tie on 9:25:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...