Sewaktu muda, satu-satunya aset yang dia ada ialah kecantikan dan keseksian. Lahir sebagai Norma Jeane, dia adalah anak yang tidak mendapat didikan sempurna sementelah keadaan orang tuanya yang tidak jelas status perkahwinan. 

Mana mungkin dia mampu mendapatkan hak belajar seperti anak-anak lain, jika kehadiran dirinya sendiri bagai tidak diundang.

Ibunya, Gladys Baker melahirkan Marilyn hasil berhubungan dengan lelaki bernama Edward Mortenson. Selepas mengetahui Gladys hamil, Edward enggan bertanggungjawab dan tinggallah wanita itu melalui kehidupan serba kurang sendirian. Dia kemudian melahirkan anaknya di lokasi menyedihkan.
Gladys Baker

Ditinggalkan lelaki yang dicintai, dengan seorang anak kecil yang tanpa peduli sesiapa, tekanan hidup yang sangat teruk menjadikan Gladys selalu ‘ketawa dan menangis seorang diri.’ Wanita itu akhirnya menjadi gila dan dirawat di rumah sakit jiwa Norwalk.

 Sementara itu, di Albert dan Ida Bolender Hawthorne, California si anak menumpang kasih sehingga usia tujuh tahun.

Si ibu ke rumah orang gila, si anak yang tidak mengerti apa-apa terlantar ke rumah yatim piatu. Di situ, Marilyn melalui hidup yang lebih tragis sebenarnya. 

Dia diperkosa oleh saudara sendiri dan kemudian hamil. Dalam usia semuda 13 tahun, ada berita mengatakan dia tidak membuang kandungan itu, meski pun dalam tidak punya apa-apa.

Malangnya, setelah bayi itu lahir, dia langsung tidak dapat bersua dengan benih yang dikandung itu kerana telah diberikan kepada orang lain tanpa pengetahuannya.

    Lelaki dalam hidup

    MELALUI tiga kali detik pernikahan dengan tiga lelaki, suami pertamanya James Dougherty, seorang buruh yang dikahwini pada 1942. Bosan selalu saja ditinggalkan si suami, pernikahan ini hancur apabila Monroe meminta untuk bercerai.

    Lapan tahun kemudian, Monroe kembali berkahwin dengan bekas bintang New York Yankees, Joe DiMaggio pada 14 Januari 1954. Tanpa persefahaman, selalu bertengkar kerana cemburu dan saling enggan mengalah, perkahwinan ini juga turut hancur.

    “Dia sangat cemburu pada saya karena saya lebih popular dibandingkan dirinya. Itu yang mengakhiri pernikahan kami,” Monroe dikaitkan berkata.

    Tanpa menunggu lama, Monroe menikah kembali dengan penulis skrip Arthur Miller, lelaki yang menulis dua film Monroe.

    Dalam pernikahan terakhirnya ini, Monroe juga memberitahu dia tidak pernah memiliki keluarga yang diimpikan.

    Misteri

    Dikatakan diserang insomnia gara-gara terlebih makan pil tidur, 5 Ogos 1962, Monroe ditemui mati di rumahnya di Los Angeles. Mayatnya dijumpai dalam keadaan bertelanjang. 

    Kematian pada usia cukup muda, 36 tahun itu meninggalkan misteri yang tidak terungkap sehingga ke saat ini. Pelbagai teori dibuat oleh banyak pihak. Ada yang kata dia membunuh diri, tetapi sebahagian lagi berpendapat dia mati dibunuh.

    Jane Russel, kawan baiknya tidak mampu menerima kenyataan aktres itu mengambil keputusan membunuh diri. Dia percaya, ada tangan-tangan kotor melakukannya. “Dia bukan wanita ang bodoh.

     Bahkan ketika itu, dia mahu menikah semula dengan suami keduanya, Joe DiMaggio, selain bakal terlibat dengan filem baharu,” beritahu Russel.

    Ada yang mengaitkan kematian itu dengan kisah cintanya dengan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F. Kennedy. Selepas kisah cinta mereka tidak lagi menjadi rahsia umum, banyak pihak yang marah. Keluarga Keneddy, FBI dan CIA antara yang dikaitkan dengan pembunuhan tragis itu.

    Sesuatu yang sangat aku takuti ialah menjadi seorang bintang yang apabila orang mencintai kamu, mereka tidak mengenali diri kamu yang sebenar. Dan mereka juga akan membenci kamu dengan cara yang sama. Aku telah gagal sebagai wanita.

    Kisahnya

    • Nama sebenarnya Norma Jeane Mortenson dan lahir pada 1 Jun 1926.

    • Pada usia 16 tahun, bernikah dengan James Dougherty (19 tahun) tetapi tidak lama.

    • Alam janda menjadikan Marilyn semakin intim dengan dunia glamor, meskipun terpaksa bersaing dengan ribuan wanita muda yang juga mahu bergelar bintang filem.

    • Memulakan kerjaya dalam lakonan dengan membabitkan diri dalam filem panas sehingga mendapat jolokan sebagai bintang filem dan simbol seks paling terkenal abad ke-20.

    • Antara filem yang dibintangi Some Like It Hot, River of The Return, Gentlemen Prefer Blondes, Love Nest dan As Young as You Feel.

    • Membintangi sekitar 30 filem sepanjang kariernya.

    • Perempuan ini Mengaku Anak Marilyn Monroe dan JFK