Header AD

Ribuan Orang Tonton Video Almarhum Tunku Jalil Yang Satu Ini

loading...
loading...
Ramai Tonton Video Almarhum Tunku Jalil Yang Satu Ini

KUALA LUMPUR: Kemangkatan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah iaituTunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang berjiwa rakyat dan disayangi ramai nyata masih dirasai seluruh rakyat negara ini, khususnya rakyat Johor.
Sejak kemangkatan Almarhum pada Sabtu lalu akibat kanser hati, laman sosial terus dibanjiri dengan ucapan takziah dan rata-rata rakyat negara ini berduka atas kehilangan permata berharga itu.
Ucapan takziah terus disampaikan kepada seluruh kerabat diraja Johor termasuk daripada individu yang rapat dengan Almarhum.
Terbaharu, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook rasmi baginda memuat naik sebuah rakaman video Almarhum ketika sedang ditemubual.
Ternyata, video tersebut mengundang rasa pilu, selain menambah kerinduan dalam kalangan rakyat negara ini kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor.
Apa yang menyentuh hati pengguna media sosial adalah kata-kata dan ucapan Almarhum yang mdnzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat atas doa yang disampaikan.
“Bila ada sokongan daripada rakyat, mendoakan kita… Saya baca setiap post yang dihantar, tapi tak boleh nak balas setiap satu sebab banyak…
“(Ucapan) Memberi saya banyak sangat semangat. Dan kalau ada peluang, saya nak sangat berterima kasih kepada betul-betul sorang-sorang (rakyat),” kata Almarhum dipetik dalam rakaman tersebut.


Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on 7hb Disember 2015
Sehingga kini, video yang dimuat naik lima jam lalu ditonton lebih 113,000 pengguna Facebook.
Rata-rata pengguna Facebook terus mendoakan kesejahteraan Almaryum.
Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah akibat kanser.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Ribuan Orang Tonton Video Almarhum Tunku Jalil Yang Satu Ini Ribuan Orang Tonton Video Almarhum Tunku Jalil Yang Satu Ini Reviewed by kak tie on 10:12:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

loading...